Komponen penting pada corak acuan lompang (shell mould patterns) adalah papan corak, corak yang hendak dituang, salur masuk (sprue), salur naik (riser), pelari (runner), pintu masuk (gates), pin penolak (ejector pin) dan pemisah pasir (lihat gambarajah 1). Corak acuan lompang biasanya tidak berbeza dengan rekabentuk dari corak untuk acuan pasir lembap. Walaubagaimanapun, disebabkan pembekuan logam yang perlahan dalam acuan lompang (kerana kandungan lembapan terlalu rendah), ini menyebabkan kebiasaannya saiz salur tambah (riser) dibesarkan. Sebenarnya riser tidak selalunya diperlukan, bagaimanapun bila penuangan gray iron dan brass dibuat, riser digunakan.
Logam yang digunakan untuk membuat sprue, riser, runner dan get biasanya sama dengan papan corak dan corak itu sendiri. Kadangkala Beryllium Copper or Brass digunakan untuk sprue, riser dan get untuk mempercepatkan penyejukkan. Oleh kerana pin penolak (ejector pin) berada pada bahagian bawah dan terdedah kepada suhu panas secara terus, ia biasanya dibuat menggunakan stainless steel.
Kasting bagi selinder motosikal dari logam gray iron ditunjukkan dalam gambarajah 1, yang telah dituang dalam acuan lompang dan ditunjukkan bersama cantuman corak bahagian cope dan drag pada bahagian bawah (gambarajah 1). Papan corak dan corak dibentuk daripada logam gray iron. Pin penolak dibuat daripada stainless steel dan elemen tambahan dibuat daripada brass. Plug penetap (locating plug) dibuat dari steel begitu juga dengan lurah pasir (pemisah acuan).
Pada bahagian acuan, selepas membentuk acuan dua corak dengan menggunakan mesin, bahagian pemisah acuan dipatahkan / dipotong untuk tujuan gabungan corak. Inti diletakkan pada tempatnya berpandukan locating plugs dan digam bersama. Acuan yang telah siap diletakkan pada permukaan pasir yang rata dalam kotak tuangan dan dituang tanpa penahan tambahan.
Untuk kasting yang mudah tanpa dimensi kritikal, corak kadang-kadang dituang kepada saiznya kemudian dibuat kerja penyudahan. Bagi kasting yang komplikated dan mempunyai kelegaan (tolerances) yang rendah, corak yang siap dimesin sepenuhnya diperlukan.
Gambarajah 1 menunjukkan cantuman corak yang digunakan dalam pengeluaran air-cooled cylinders untuk enjin motosikal. Lurah pada kasting berukuran 1inci dalam dan setiap lurah memerlukan ½ inci sudut sendeng. Rekabentuk corak ini mestilah siap dimesin, jika tidak acuan mustahil untuk dikeluarkan. Kesemua corak acuan lompang memerlukan pin penolak (ejector pins) tetapi pin penatap untuk corak ini haruslah tepat, ditempatkan kebiasaannya lebih rapat pada corak bagi memudahkan acuan dikeluarkan tanpa memecahkan bahagian lurah.
No comments:
Post a Comment