Tuesday, 8 November 2011

Pengenalan Teknologi Foundri di ILP Ipoh

PENGENALAN KURSUS:

Teknologi Foundri (A06) merupakan salah satu bidang yang tersenarai di dalam 11 bidang kemahiran di dalam institut ini. Mempunyai kakitangan/pengajar seramai 10 orang. Teknologi Foundri terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Pembuat Corak (Pattern Making ) dan Teknologi Foundri.
Pembuat Corak merupakan peranan penting dalam bidang pembuatan teknologi Foundri, ia merupakan proses pertama yang perlu dibuat untuk sebelum proses pembuatan acuan pada bahagian Teknologi Foundri.
Objektif kursus ini adalah:
a)    Menyediakan pelajar yang berkelayakan dan berkeyakinan diri .

b)    Dapat melahirkan pelajar yang bersesuaian dengan kehendak industri dengan mengikut perkembangan semasa peralatan moden.

c)    Dapat menaikan nama Institut ini sebagai Pusat Bertauliah yang berkualiti.

d) Dapat mempelajari peralatan/mesin yang baru serta moden bersesuaian dengan peredaran masa.


PEMBELAJARAN:

Proses  pembelajaran di bengkel melibatkan kelas amali dan juga teori. Pelajar akan diterapkan dengan ilmu-ilmu pengetahuan mengenai Teknologi Foundri  di dalam kelas teori  dan didedahkan kepada cara kerja sebenar melalui kelas amali.
Kandungan kursus merangkumi pelajaran asas logam , logam feros(Berbesi), bukan feros (tidak berbesi) dan sifat-sifat logam. Penggunaan relau (Induction Furnace dan Tilting Furnace), pemeriksaan kecacatan pada kasting (VTdan PT), ujikaji pasir acuan (sand testing), pembuatan bentuk corak (pattern) acuan, proses acuan green sand, proses acuan co2, proses acuan kelompang (shell moulding), asas proses Die Casting (Gravity Die Casting dan Cold Chamber Die Casting), proses relining, peleburan logam Aluminium, Cast Iron (grey Cast Iron-White Cast Iron), proses refining, degassing dan proses penuangan logam yang dileburkan untuk menghasilkan kasting (product). Memotong, mengikir dan membuat penyudahan kasting (Finishing Process) dengan menggunakan peralatan tangan dan mesin.

Terlibat juga dalam pembuatan corak (pattern), kaedah merancang pembuatan corak dan menghasilkan corak, membaca (blue print) dan melukis  (lay-out), peralatan yang diperlukan dan membuat corak, lebihan pemesinan yang perlu ditambah kepada corak, mengira anggaran bahan bagi pembuatan corak dan penggunaan serta menyelenggara mesin-mesin dalam bengkel Teknologi Foundri.

Kemudahan peralatan yang mencukupi

Bahagian Pembuatan Corak (Pattern Making)

Bahagian Teknologi Foundri (Proses Penuangan)



No comments:

Post a Comment